Thursday, February 24, 2011

meh nk bg petua.. :)

bg yang nk berumahtangga,atau pun yang dh ada tangga n ank2 tangga.kena amal xkira baru kawen ke dh lama kawen ke,ank sowg ke berdozen ke.just nk share..harap2 saya pun akan amal sampai akhir hayat kami :) amin.

Petua Keluarga Bahagia


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
.::. ni aktvt yang best.hahaha selain sopink ngn encik asben.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
.::. tido atas lengan ni mmg saya nk ckp best sgt,selesa.bg saya la.tp xleh lama,sbb encik asben akan lenguh he3

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
.::. ni xdinafikan,mmg penting n kena jg sgt2.xkira la dpn suami or owg ramai.saya cukup xtahan klu owg xjaga semua ni..jgn xtaw,ada kes cerai berai pasal hal ni ok.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
.::. erm klu kita sbg is3 pandai amek hati suami,romantis..suami g mane pun dia igt nk balik umh cepat :)
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
.::. sekali skala n ikut kemampuan lah kan.paling xpun,selalu nmpk kemas,bersih,wangi..yang penting senyum n ckp dgn lemah lmbut :) auwwww he3

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
.::. suasana..bkn saja dr segi emosi tp keadaan dlm rumah,luar rumah..jgn bersepah2 ok.rajin2 la kemas umh,biar umh sentiasa kemas,tersusun,wangi..baru la hati tenang kan :)

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
.::. yang penting bila gaduh2 tu..salah sowg kena cool down..jgn dua2 tgh hot he3 ble meletopppp wooo :P
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
.::. buat suami..i'allah suami xkan lupa jasa kita ssh pyh mengandung n melahirkan zuriat diowg.saya mmg xpaham jika suami2 yang sggup pukul isteri,maki hamun lg..owg xberiman nama nya tu.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar ! dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
.::. ikut syarak..betul jgn halau isteri kluar dr umh ape jd pun.bg hal mcm ni pada saya,jgn biar syaitan kuasai diri kita.sbb tu klu bergaduh ckt2 ke besar ke,salah sowg cool down or kluar dulu bg reda.mintak dijauhkan hal2 mcm ni.

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
.::. dari sblm kawen saya n encik asben dah amalkan pekara ni..sblm kawen kami dh rapat ngn adik bradik ipar,mentua semua,mak sdara pak sdara.pas kawen xkekok he3


11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
.::. of cos la kan,dr awal dh ble tgk lelaki jns yang mcm mane.alhmdullilalh jumpe yang mmg fmly man owg kata..sekali skala xsalah nk lepak2 diluar bila free.ape pun klu ada hal fmly,cepat2 tgl hal kat luar n balik umh :)


12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terlibatt dengan jualan langsung.
.::. ni kes abaikan suami ni,jual produk tu produk ni xsalah sbb nk tlg pendapatan kluarga tp....siapkan mkn minum sumai ank2 dulu,jgn balik lewat2,jgn ghairah sgt sampai lupa tgs seorg isteri.ni la slalu jd alasan kuat suami nk cari lain he3 suami pun kena rajin2 tegur isteri klu dia lalai,bg peluang jgn trus menghukum.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
.::. wanita..sure kena lemah lembut,xkira la sape kita kat luar tp dirumah sbg isteri.mane boleh ckp tengking2 kan,jln pun kena jaga..jgn kasar sgt.kdg2 saya tgk ckp ngn suami siap tengking,jatuh maruah dia sbg lelaki n suami.pulak tu depan2 owg ke,kwn2 dia,fmly dia..tegas pun kena ada cara nya.


14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
.::.betul...jgn diluar je tp kat umh serabai he3

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
.::. ni mcm td la..igt kita wanita :)
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
.::. ni kes dah tua..konon dh tua,owhhh jgn sesekali pk mcm tu nt..saya pun nk igt kan diri sndri.mcm mane waktu muda mcm tu la kita dh tua.xde yang berubah..saya nk amik cth parent saya.bergaduh ke x ke,cucu ajk tdo ke..mak ttp tdo sama ayah saya :)

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan berteng! kar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
.::. bg cool n duduk bincang..wat keptsan sama2.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
.::. i'allah saya nk igtkan diri sentiasa.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
.::. lg tua lg romantis..i like.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

.::. tgh mencari ilmu keibubapaan nih :)
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
.::. penting sgt2 tambah2 dlm ekonomi sekarang.


22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
.::. wlpun bz ngan kje..amik masa berjemaah.ank2 tgk pun bahagia je rasa.


23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari mak! anak membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
.::. ini sgt2 lah kena berhati2..mmg kita dh jaga tp mkanan sekarang kena betul tgk dulu halal ke x.terutama kandungan makanan segera,dlm tin ke kotak ke.takut sgt ngn brg2 skg ni,byk nk aniaya owg islam je.

...........petua2 ni sama2 la kita baca n amalkan..saya pun jauh lg perjalanan dlm umh tangga nie.ape yang baik sama2 kita hayatinya.bkn mudah nk handle rumahtangga dlm dunia yang makin mencabar ni,xde iman xde sabar..boleh hancur rumahtangga.mintak dijauhkan segala musibah.moga2 rumahtangga kita semua diberkati olehNYA.amin.........




by AkUGaDiSiKaN

No comments: