Monday, February 28, 2011

Pedih ulu hati

.::. urghhhh semlm mmg dasyatttttttt (mcm kata nazmi dlm raja lawak ) he3 yang dasyat nye sbb pedih ulu hati la,lg pedih dr sakit ati rupa nya tp elok ckt dari iri hati..sowy termerepek :)
penah jgk sepanjg peknen ni jd,tp kejap2 je pas2 hilang,steady xyah ubat2.tp smlm lama pulak jadi nya,nak nafas je pedih..punca...saya kenalpasti sbb terlebih mkn..he3 mee hailam 2 mangkok :) masak sbb teringin sgt2,dh siap tu hentam xigt la :P
so encik asben mcm besa,xleh xtgk muka saya kerut2 tahan sakit,dia kuar cari Gaviscon tp malangnya farmasi kat dpn umh dh ttp,yelah dh 10 mlm..last2 dia g klinik beli ubat kat saya hu3 terharunya saya,tgh2 sakit kuar plak airmata...ish2 sygnya dia kat saya kan..of cos la,bini dia :)
dah mkn ubt kejap je ok...sambung mkn bizkut he3 mkn lg.

pg ni ada tny pakcik gooogle ckt..punca2 pedih ulu hati ni..jom kongsi tips sama2 :

Apakah Pedih Ulu Hati?

Hampir 75% wanita hamil mengalami pedih ulu hati. Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut.

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (lower esophageal sphincter - LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.
Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan.

Bagaimana Merawat Pedih Ulu Hati

* Antasid - Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

* Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid) - Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

* Alginates - Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.

Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.


Apa Yang Perlu Dilakukan Bagi Mengelakkan Pedih Ulu Hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

No comments: