Friday, December 2, 2011

new CD

.::. ewahhhhh kali ni nk bg taw,encik asben dah terpengaruh ngn saya owkeh..skunk dia y suh tmbh koleksi CD..yesss berjaya saya :) act dia dh nmpk kelebihan guna CD nih,jimat duit dia nk beli pampers..sk CD dh ada 10 kpg cmtu,boleh la cmpur2 smtra nk kumpul byk2...
pd y blom try,saya nasihatkan try la mmg xrugi sesen pun..malah boleh jimat utk menabung he3
so skg qaleesya akan pakai CD time mlm bila saya kje n time saya cuti,mmg dia dh xpakai pampers..
alah bisa tegal biasa kan,cuma kena rajin ckt la bila guna CD nih ,bab nk membasuh je tp mesin basuh kan ada he3 
jom tgk2 koleksi CD cni..owner dia kak NIK,senang berurusan ngn dia..boleh sms or call direct jer






separuh koleksi CD qaleesya (^,^)
.::.




musim hujan..lmbt ckt nk kering kan.mlm2 sidai je dlm rumah,kipas angin de nt cpt jgk kering


syok je tgk CD penuh kat ampai nih :)

 yaeaayyy saya suka guna CD skg,selesa jer :)







 

dan saya juga kuat mkn skg,smbil ronda saya mkn bizkut sedap nih he3



by AkUGaDiSiKaN

peramsampaibasi...

.::. waduh2x,nmpk nya puan blog xsempat la tunai janji utk update n3 choti lepas..hu3 dh nk msuk weekend dh pun,mls la nk cte sure ada owg nyampah nk baca kan hu3 ringkasan nya,cerpen nya(cerita pendek) kebetulan attend wedding fwen encik asbn tp y menariknya..majlis start kul 5am till 7am...fuhh dgr mcm menarik sbb 1st time kami attend kenduri awal giler.act majlis resepsi hari isnin ptg,time tu dh nk bertolak balik penang..so pegi jgk la y awal tuh.fwen encik asben ni india,but nice peson n dh biasa jgk la hangout sama2 ngn kami.pagi sabtu mmg plan ngn geng2 lain nk jumpe kat wisma tun sambanthan at 5am..but taw2 jelah nk bgn pagi he3 somi is3 sama je,5am beb mmg sure la liat nk bgn he3 tup2 jam 5am membe call tny ada katne,buat2 nada dh bgn siap ckp otw dh he3 last 7am kami sampai..selamat xsettle lg he3..stay kat dewan tu sampai am.then bekpes kat kg baru ngn membe..bla bla bla sampai 10 lebey..trus balik umh along cntinue zzzzzz he3 ptg ckt round2 KLCC,sopink cket sbb tetiba de sale :) mlm nye g I-city jer,pekena nasi arab..but....xsetanding la y dekat n9 aritu,terbaikkkk..kan abg lid?len kali blnja layiii naaa :P dlm kul 10 dh terpacak kat umh..hu3 letih gn 5am kot he3
besok nya dlm kul 11 dh choww dr umh along....tmpt wajib..IKEA,encikasben ttp pasrah kuar duit ngeh3 kita dh ke cna tiap hari pun,sure ada je bnd nk beli kan kan kan :).IKEA here i come again n again..tiap2 hari dtg pung de je nk beli brg kan kan...dekat c2 smpi kul 4lebey..trus zzzz balik penang...
fuhhh e2 cter y konon dh xnk cte..y kononnya cerpen he3 tp jd gak cerpan hah..sape nk lyn bleh je..sila sila..jgn muntah owkeh...

bizkut ni sedap plak..hu3 menyesal beli sekotak je,dlm kete dh settle :(
  kali per1 pic tu je ada..pic semua de dkt membe,blom tgk lg hu3


by AkUGaDiSiKaN

Monday, November 28, 2011

choti choti

!! korang semua !! puan blog nk cte choti2 baru2 ni wat ape..smlm baru smpai dr keyEl,mata masih mcm panda sbb xckup tdo..pg dh dtg kje..sgt jeles ngn encik asben yang berchoti sampai besok hu3..i'allah ptg ni akan update cte choti2 saya..owkeh,cikidauuuut


by AkUGaDiSiKaN

Thursday, November 24, 2011

finally..

fuhhh,finally saya dpt jgk tgk TWILIGHT smlm..curik2 kuar time si kecik tdo n MIL jaga jap he3 bgs kan menantu mcm ni :P part 1 ni kejap je n cte dia mmg terbaik sgt2..10bintang owkeh.
edward mcm besa,still macho n cool..watak jacob nmpk lebih agresif kali ni..
ending dia sgt xcited sampai saya tergamam..n igtkan xabih lg..
xnk cte panjang2,sape yang blom tgk...sila silakan lah yer..promise,xrugi ckt pun.
kita tggu plak nxt part..nxt year??!!

time weeding bella n edward ..best..romantik..

balik termimpikan edward  encik asben yang ensem tuh ^___^
by AkUGaDiSiKaN

"TIRAMISU" with love c",)

Jom pakat2 order..
by AkUGaDiSiKaN

Sunday, November 20, 2011

musim "blurr"

.::. salam all reader...ewah ramai ke membhaca blog haku nih he3 act nk kabo ckt kat semua y kenal shayer...skunk dh musim tengkujuh tp saya dilanda musim "blurr" dan jgk kuat pelupa dan jugak mcm2 penyakit lg..pd y perasan sikap saya 2 3 menjak nih,sila buat2 nmpk saya ok..terutama encik asben y kena menghadap perangai blurrr saya tiap2 hari nih..arggg xtaw kenapa,byk benda saya suka lupa skg..mcm smlm,letak botol air dlm bilik,tetiba kuar xsampai 5mnt..saya cari balik kat dpn tv,tny encik asben dia letak mana??!!kdg2 sampai gaduh2 manja kata salah dia he3 ops..sowie :P last2 dia cari,haaa ni sape letak dlm bilik,siap tuduh dia,terang2 saya y masuk bilik td.
so mmg saya mengaku saya cepat lupa dan blurr tiap2 hari skunk.nasib asben ngn anak xlupa he3 klu xjenuh masuk paper saya dok cari ^___^..maybe skg tgh serabut mcm2 hal,pblm byk jgk..cuba di'handle' sebaik mungkin hu3..
e2 jelah n3 kali ni..just tuk peringatan pada semua...hati2 dan bersabar bila bersembang ngn saya muahahahaha gelak besar

by AkUGaDiSiKaN

Wednesday, November 16, 2011

7mth old

Perkembangan bayi anda semasa usia 7 bulan

Melonjak-lonjak
Belajar memegang
Tumbuh gigi

Menguji autoriti anda
Perasaan tak senang ketika berpisah

Kemahiran mengenal

Memahami bagaimana objek berhubung kait

Patung dan permainan yang menyeronokkan

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Melonjak-lonjak

Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.

Belajar memegang

Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.

Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.


Tumbuh gigi

Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.


Menguji autoriti anda

Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.


Perasaan tak senang ketika berpisah

Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.

Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

Kemahiran mengenal

Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.

Memahami bagaimana objek berhubung kait

Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

Patung dan permainan yang menyeronokkan

Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah “semudah mengambil gula-gula daripada bayi” tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.


Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.


Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.


# byk jgk perkembgn qaleesya lps kena chkn pox ari2..plg ketara..
1)tdo mlm jap je dlm bb cot,dlm kul 3 4pg akan menangis nk tdo ngn saya ats katil sampai pg.
2)menangis mcm kena pukul klu tgk2 saya xde sekeliling dia..terutama time saya g kje..cian mak mentua saya,dah la bb xnk susu dah skg..mencabar dia jaga.
3)marah bila kita amik brg y dia tgh pegang he3 suka sgt saya nyakat dia :P
4)baru je boleh meniarap dn terlentang dgn jaya nya..punya la risau ari2 dia lmbt nk meniarap..tgk 2 minggu je meniarap dia dah angkat2 punggung nk merangkak..cpt plak time ni.

c..tgn dia nk jgk pegang joystick tuh..marah woo klu tolak tgn dia tuh he3 chomey


skg dh sibuk kacau ape kita wat..saya tgk album dia pun nk jgk..last2 saya tdo je kat sblh.

.::. alhmdlh,w/pun premature bb tp perkembgn dia ok jgk cmpare ngn bb lain...y penting sentiasa cht dan ceria T____T
by AkUGaDiSiKaN