Thursday, April 19, 2012

cara elakkan bb gigit ketika menyusu.



.::. salam jumaat..penghulu segala hari .::.
pg nih terasa nk share my new xperience about bf..
jen jeng jeng..anak ai mula mengigit ketika menyusu.
fuhhh semenjak gg dh 6btg nih,dia ade tabiat
mengigit time menyusu.
saya plak baru je merasa gigitan tuh..perghhh sakit ok.
terjerit2 puan blog..dia plak..tergelak2.
ok dh berlaku salah paham ant kami.
dia pk aku nk main ngn dia,maka
dia gigit2 lg..
aku..auwwwww
haisshhh ssh nih.
so smlm kat fb mtk advise dr mommy y bf..
and ade google ckt2.
jom share.


1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.


Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.


2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.


Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.


3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.
Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.


4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.


5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.


6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.
7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!


8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.


Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit


• Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.


• Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit.


• Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.


• Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.


• Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai.


• Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar.


• Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap.



• Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan
 ni dlm fb smlm..alhmdlh dh try picit kejap hidung


time dia gigit..saya try picit hidung dia.
it works..dia lepas gigitan tuh.
yang saya perasan..dia akan gigit bila dia kenyang
ataupun time dia xlapar tp nk menyusu.
time dia betul2 lapar n mgntok mmg dia xgigit.
maybe dia gigit nak main2 je bkn sbb nk susu.
tp encik asben ade sbb lain..
fakta dia.
anak ikut perangai saya.
yup saya mmg suka gigit org.
dr kecik..dah kawen nih,gigit somi la haha
xtaw dr genetik mane tp mmg e2 lah saya.
oh anak saya jgk rupa nya.
hu3


harghhhh cepat larik..nt saya gigit baru taw.
^________^



















by AkUGaDiSiKaN



Qaleesya party part2

.::. salam..saya lagik.cepat nye ade part 2 kan..kalah cte twilight.hu3
ujan lebat,mendung dan kesejukkan dlm opis buatkan segala lemak2 menguasai badan..so malas.
ahad lps mmg special sgt,1st time clabrate bday cucu tunggal dlm fmly encik asben.
meriah sgt2..alhmdlh ramai giler yang dtg.
majlis start 4pm till 7pm,mcm dlm kad.
tepat kul 4 dh ade tetamu dtg..fuhhh puan blog sempat tenyeh bedak je.
maklumla sblm tu dr subuh bz kat dapur.
yelah majlis anak sndri,xkan nk harapkan org lain buat..kan.
lgpun fmly encik asben mmg xramai pompuan,lain la sblh saya.
yang ade didapur cuma saya n mil.encik asben settle kat depan.
dh settle kat depan dia dtg la tlg ckt2 kat dapur.
fmly yang lain bkn xde,cuma maybe bz..
yelah hari ahad cuti,time tu la nk rehat and nk settle ape2.
xpe saya paham.
eh tetiba ayat agak sedih kan hu3
T__T
haipp..
happy mode balik
^___^

pichar bihun sup periuk besar xsempat nk snap bagai..
dh la xcukup kakitangan..tp alhmdlh sempat jgk siap.
dlm kul 3 saya siapkan si kecik..
dah mandi n pakai baju comel tuh.
huwaaaa comel nye anak umi..
T___T sayu tgk,dh besar anak umi.
setahaun mmg kejap je kan.
dah xde bau bb..masham je.



nasib baik deco dah siap buat sehari sblm,pg ahad just gantungkan ballon2 yang byk tuh.
ni mmg idea puan blog n encik asben.
sanggup kami tiup ballon smpi ke pg.
aku dh dekat nk give up tiup..
banyak wehh.
nasib encik asben kuat smgt he3
baru meriah ballon byk..kata dia.
yup mmg btol..syok tgk bdk2 main.
dan kami tumpang sekaki. 
^___^


potong kek after solat asar..
bacaan doa selamat oleh fil saya.
tq abah..
kek spongebob..wajib.
cartoon pebret dr peknen smpi anak sndri pun suka.
best sgt dpt tgk qaleesya xmeragam,
cerdik sgt.
even mgntok tp still boleh layan tetamu.
dekat kul 7pm tetamu byk dh beredar.
qaleesya plak battery dh low.
dukung pun mata dh pejam.



acara suap-suap.
you suap ai ai suap you.
alhmdlah majlis settle dlm kul 7pm.
tggl sdara mara aje time tuh.
majlis stop kul 7pm sbb xnak ganggu time magrib,xelok kan.
and ade yang tanya npe xde candle?
buat ape kita nk tiup candle bagai..
e2kan bkn cara kita..
cari lah sndri nape ok.

and sblh mlm adalah acara
buka present...yeayyy

tq pd yang sudi bg kat qaleesya,
act dpt dtg n mkn2 pun dh ckup..e2 tujuan kami jemput.
nk eratkan sillaturrahim.
owh luap..tq pd irah.
dtg awal tp xsempat nk join.
ade hal agak nye,sudi jgk sggah n bg adiah.
suweett auntie irah ^__^

jom layan pichar.
jgn xtaw,qaleesya siap buka sendiri hadiah dia.
hebat anak umi walid nih.


mcm org besar je gaya.



umi pun tumpang buakkan..
jenuh tggu dia koyak peh tu main.
campak pehtu amik y len plak.
campak.
esok pun xabih la cyg.

toys..tq


suka dia..boleh tmbah koleksi.
kena beli bakul besar nk isi toys dh.


potong kek penutup majlis he3
makan2 dgn fmly mlm tu.
ok..puas hati dh thn ni dpt buat kenduri doa selamat mcni.
semoga anak umi dpt jd
anak dan insan solehah.
jd org berguna dunia akhirat.
berjaya dlm ape pun.
yang penting..
umi walid cayunk qaleesya dunia akhirat.
Amin.





by AkUGaDiSiKaN

Wednesday, April 18, 2012

Qaleesya Party part 1


.::. salam readers..lama kan puan blog sepi jer.
bkn ape,bz dok kempen opss..xlah act bz ckt prepare utk majlis si tecik tuh.
waahh kalah nk dpt menentu nih,siap amik cuti ok.
alhmdlh semua berjln spt y dirancang..perfect.
tp letih..xyah ckp la.ni la padah nya semua nk di buat sendiri.
dr bab deco smpi ke menu semua saya buat n dibantu fmly.
sape y kenal saya taw la,saya ni cerewat ckt.sbb tu biar penat tp puas hati sndri xpe he3
majlis sbnrnye wat awal..dsbbkan along encik asben dh nk naik kapal balik nxt week
so kebetulan dia ada..
oh ya,act hari ni bday qaleesya..19/4
happy birthday cayunk.
jom tgk ape y sompek di buat sblm majlis.


kuih muih saya sempat buat
>>apam polkadot..resepi shu shinju.tq :)
>>tiramisu in cup..wah jap je settle he3
>> kek bati wif choc topping.
>> bihun sup ayam
>> laksa kedah..by mil
>>pulut kuning
>> agar2..mcm2 jenis..tq sdara mara y bg tuh.
>>jajan utk kids

utk deco2 bersama eric leong encik asben
n opkos saya jgk kena bantu he3


>> lolipop,corntos,waffles,jelly etc
tuh saya dh hias siap2 sehari sblm majlis.
mlm sblm majlis pulak.
.
.
.


acara tiap ballon..kami berdua jgk gigih tiup
smpi ke 1pg ok.
anak pun mcm paham je,tdo awal.
maybe letih kot,n dia takut ballon.
ntah la nape takut,tp time kami tiup
dia xde la kacau.
ballon dekat 2oo biji ok.
fuhhhh fenat ahkak.

e2 je utk part 1.
wah de part2 lg.
sbnrnye saje nk bg n3 jd byk.
maklum la byk hari xupdate blog.
haaa ko tggu part 2 ok.
to cntinue........





by AkUGaDiSiKaN

Wednesday, April 4, 2012

Tatih..one two one two

salam..
puan blog kat rumah hari ni..cuti.
bdn jd lenguh2,pale berat je tp ble plak bgn ngadap laptop kan he3
act ni cuti malas haha 
2 3 hari lps,qaleesya dh boleh jln
clap clap clap
gud girl.
tp y xsyok nya,
elok dia jln xhenti2 mlm tuh,skg dia xnk jln plak.
asal berdiri je,dia duduk melutut balik.
maybe dia rasa merangkak lg cepat kot.
yelah baru leh jln kan,lambat je nk langkah.
dh mcm tok nek aku tgk he3
tp cute sgt,umi siap teruja ok mlm tu.
tdo pun tersenyum je.
xcted xyah ckp la,encik asben pun tergelak.
baru dok berangan nk g beli bicycle cute.
tgguh dulu la,tggu dia rajin jalan balik.
hopefully nxt week bday dia,
dia nk jalan..
baru cute dgn gaun umi walid beli tuh.
arghhh xsabar giler.
jom tgk bideo dia jln mlm tuh.



by AkUGaDiSiKaN

Monday, April 2, 2012


salam..
mcm besa,weekend punyer cte update on monday,hari2 dirumah xsompet.
kdg2 if bertuah sgt dpt la on lappy jap.
sabtu lps adalah hari last
utk redeem baucer buku
so masih de 100 lg baucer y blom tuka.
encik asben bg mandat utk saya
pk nk ape,kira mcm tu baucer saya.
padhal dia xde idea ler tu.
meh bg kat bini y byk idea ni.
so plan nk tuka ink printer,
last2 cari dpt kaler hitam je.
e2 pun dekat HARFA.
ink tuka baucer 50 je,still de lg 50.
jom tgk dpt ape dgn 50
manyak jgk ler..



sationery + 2buku..n gunting pink y cute tuh.
pdhal umi y nk guna,konon mcm utk anak kan.
buku tuh encik asben pilihkan.
1 for me n 1 for him.
nice.


sbbkan saya minat nk berbussines :) tq
n encik asben y minat public speaking..gud choice.



menu hari ahad.
awal2 pg sblm qaleesya bgn tdo,
umi nye dh ade kat market cr brg2.
nk wat nasi minyak..teringin weh.
tp nasi tuh kaler xmnarik,xde pewarna la.
xpe la janji rasa nya nasi minyak.
dgn ayam masak merah.
nt saya share resepi..
tggu mood rajin ok.


ptg ahad..
sbb kan si kecik dh pndai tunjuk2 
nk kuar..encik asben bwk santai amik angin
kat RnR BAGAN aje.
jadilah..



si kecik yang xpts asa.
asik2 nk suh pimpin tgn jln.
bila lps xnk jln..tkt lg.
xsbr umi tggu cayunk melangkah,
sempat ke practise smpi boleh jln
before bday dia.
oh ya..
bday sikecik akan buat awal seminggu.
15/4 dh nk wat bday dia,
sbb alang2 paklong dia ade cuti.
mula2 nk wat 21/4 
tp pak long dh nk ke europe
so clabrate awal2  at least semua ade.
xsgka nye 19/4 ni qaleesya
dh 1yr.
subhanallah cepatnye dia besar
T___T

ok la,saya tgh gigih konon nk deco sndri 
utk bday dia.
brg2 dh beli,ntah jd ke idak.
he3








by AkUGaDiSiKaN